Kata-kata
Hikmah
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang
nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil
B. DeMille
Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang
yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga
lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan
kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan
keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang
bukan zaman engkau - Saidina Umar Al-Khattab.
Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali
pelakunya.
Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di
sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan
kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang
lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
Kata kata yang sering diucap biarlah selari
dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti
apa yang diungkap.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah
hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari
akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia
bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada
(mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda
Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada
menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia
untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti
menghadapinya.~ Albert Camus.
Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan
melakukan amal.
Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita
berteduh.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang
sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi
ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan
bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang
ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi
manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam
tindakannya, maka tenanglah batinnya.
Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya
sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya
karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu
tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi
cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang
nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil
B. DeMille
Yang benar tetap benar,yang salah tetap
salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni
nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang
itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun
Jambatan menjadi penghubung antara dua buah
kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi
penghubung antara ibu dan ayah
Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa
tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan
permulaan kepada usaha yang besar.
Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin
banyak.
Apabila sempuran akal, kurang perkataan. -
Saidina Ali Abi Talib
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza.
Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan
kita dan masa sungguh bermakna…
Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada
keburukan dan menimbulkan rasa dendam.
Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan
memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan
keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah,
maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa
tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang
mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.
“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga,
tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang
yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa
yang akan dicapai.
Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal
fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan
secara ringkas.
Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih
banyak tertawa.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh
naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap
mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat
sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan
mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan
Allah.” (H.R Abu Naim)
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan
tidak akan mengenal kemanisan.
Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya.
Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh
mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia
membawa kita ke jalan Allah.
Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya
dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.
Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya
daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang (Saidina Ali)
Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan
kemenangan.
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan,
kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang
menganiaya orang bawahannya.
Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap
menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.
Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan,
dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh
mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal
komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.
Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada
menyesal berbicara.
Sesungguhnya orang yang berakal itu
menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.
Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda
meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda.
Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui
kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah .Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan
sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya
kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta
tingkah lakunya.
Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa
sebenarnya tidak semestinya sama.
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan
adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang
pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah
-Wahab B Munabin.
Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai
dari semua emas di dunia ini.
Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan
selepas kemusnahan dan kematian.
Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat
menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak
berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan
~Andre Colin
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan
dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa
merdeka - Soekarno
Semiskin-miskin orang ialah orang yang
kekurangan adab dan budi pekerti - Hukama
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin
dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih
rendah darinya ~ Confucius
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu,
tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln
Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang
tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -
Al-Ghazali Bayruni
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat,
pokoknya pun sihat - Beng Tju
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama
adalah lumpuh -Albert Einstein
Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan
kecewa.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu
adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika
kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas
kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche)
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah
sedia kalah.
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum
cair.
Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita
kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg
kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan
ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan
orang lain juga
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan
keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi
beroleh bahagia
Orang yang berkhianat selalu terhina.
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu
semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan
daripadanya ~ Emerson
Orang yang berani tidak akan membabi-buta
melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan
dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J
Hari yang mendatang tidak akan memberikan
sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.
Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya
mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)
Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih
tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai
seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare
menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua
yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat
tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya
dengan baik sekali.
Cara terbaik menghukum orang yang telah
melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.
Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri
yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang
remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke
arah mencapai matlamatnya
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh
manusia yang tingginya enam kaki.
Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi
kesilapan.
Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari
orang lain dengan batu.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih
mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar
rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan
kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak
membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. ~ Confucius
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di
atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan
memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan
keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi
sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan
bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah
anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir
betapa pun jua empuknya pasir itu ~Pepatah Arab
Perjalanan seribu batu bermula dari satu
langkah.~ Lao Tze
Awal mula pohon ialah benih.
Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan
orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.
Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan
binasa.
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan
sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi
tidak pernah tua untuk bertaubat.
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang
di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia
tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah
apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan
terjadi pada hari esok.
Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih
kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya
maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu
Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk
mendapat dunia yang mengiurkan
Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri.
Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan
berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan
jangan memberitahu semua yang kamu dengar.
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu
penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Kalau kita melakukan semua yang kita upaya
lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita
miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah
sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai
adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah
Abdul Malik bin Marwan
Adalah tidak mustahil orang yang paling kita
benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan,
nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi
dalam hati mereka ada kelebihan.
Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara
ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.
Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke
atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga
anda itu
Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha,
bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini
Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau
akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan
mencapai yang tertinggi.
Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan
satu jaminan yang berkekalan.
Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan
tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah
hilang dan pergi.
Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda
tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang
anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas
McDonalds)
Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita
jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa
yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk
esoknya jika semuanya telah tiada…..
Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya
ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah.~T.S Matthews
Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap
kaca yang berdebu, segalanya nampak senyap dan tidak pasti.
Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal
dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak
pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.
Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai
tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak cukup mempercayai ~ Frank Crane
Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan,
kata -katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu
dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak
peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana
kata - kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.
Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak
mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang
kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak
dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan
secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan
walau sezarah kesusahan kepada orang lain.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu
yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu
yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan
kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi
kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk
mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada
kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana
insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas
rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan
hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu
yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan
kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah,
membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada
orang yang ketakutan
Menghairankan sekali, orang yang mencuci
wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun
sekali setahun.
Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita
kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun
ribuan mata tidak melihatnya.
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya,
sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya
kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu
tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi
cerah.
Jangan memberi makanan kepada orang lain yang
anda sendiri tidak suka memakannya.
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang
kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita
tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Musibah dalam harta lebih ringan daripada
musibah dalam kehormatan.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika
bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak
demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.
Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu,
nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.
Masa depan yang cerah selalu tergantung pada
masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika
tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.
Bila-bila masa ia akan pecah.
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan
keutamaan hati ialah keberanian.
Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin,
maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka
terkutuklah dia.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan
permulaan daripada usaha yang besar.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi
manusia yang selalu mengecewakan agama.
Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika
hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan
telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu
Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi
kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan
kembali kerugian yang dideritainya.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang
mendatang hadapi dengan cemerlang.
Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda
sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya,
dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk
membentuk perkara-perkara besar.
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai
berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus
asa.
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah
kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita
adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang
tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada
disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya
berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau
diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia
berfikir tentangnya.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang
di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan
orang-orang di sekelilingmu menangis.
Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan
berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan
berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai
adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya
membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri
engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka
Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan
kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,
janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah
mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire
Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk
membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan
untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk
membuat kamu positif terhadap kehidupan.
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita,
kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu
ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan
dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk
berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana
yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala
kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana
tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea
kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada
emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi
kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam,
mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang
tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan
dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri
seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya
-Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal
apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia
berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang
kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar
daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim
Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap
baginya musuh yang berbaju kawan.
Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan
yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu
yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu
yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak
mahu permintaan kamu diabaikan orang.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi
penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga,
binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya
berbuat jahat. -Pepatah Arab
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain
kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya
apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa
Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas
dan lelaki diuji dengan wanita.
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin
melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang
benar itu berani seperti singa -Goethe
Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu
adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami
sesuatu.
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu
meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak
bisa menemukan jalan keluar.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya
dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte
Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita
banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu
persinggahan.
Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah
kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi
kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana
kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup
sentiasa menjadi mainan orang.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah
lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita
memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau
secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk
kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya
tidak seperti yang diimaginasi.
Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau
orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang
menyinar.
Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada
lazatnya membalas dendam.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan
waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa
kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu
pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~
Samuel Johnson
Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh
musuh.
Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari
pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang
berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan
menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…
Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa
pergi oleh taufan.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan
perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam
hidup.
Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada
kebaikan zaman.
Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada
seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang
berdasar buruk.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan
kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi
kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan
yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut
luka emosi.
Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya
kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya.
Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala
kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.
Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan,
yang satu membersihkan yang lainnya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam
diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan
berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati
betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai
kita seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita
akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan
hatinya.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya.
Yang berani mati hanya sekali.
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang
marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna
untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu
bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk
berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan
kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama
dengannya.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran
kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu
inginkan -Abdullah Mansur M.H
Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam
dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan
tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang
berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena
asapnya.
Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga
dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar
dari mendengarkan banyak kebatilan.
Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak
diperlukan lagi.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh
di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang
bodoh itu boleh menjadi pandai
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah
raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu
satu masa yang ditinggalkan
Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya,
hilang kewibawaannya.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala
tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas
batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga
untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.
Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada
DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya
KHUSYUK.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh
di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang
bodoh itu boleh menjadi pandai
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap,
kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan
orang lain juga
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam
dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan
tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda
dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia
,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu
perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda,
tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu
tetap hidup dalam kenangan.
Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya
perlahan-lahan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam
kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak
kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
~ Flower A. Newhouse
~ Flower A. Newhouse
Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya
mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat,
ia tidak akan busuk.
Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang
berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik
daripada dirinya.
Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah
penguasa.
Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang
ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan
keserasian berkumpulan.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada
kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari
memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah
permulaan yang baik untuk bertindak
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata
oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu
menyakitkan hari orang lain pula.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber
kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang
abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah
waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk
mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah
waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu
untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk
memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci
menuju syurga.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan
dia berkata selaras dengan tindakannya.
Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi
penting mengetahui nilainya.
Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam
kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan
Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk
berkali-kali
Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari
hanya sekadar memerhati kehidupan
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa
lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah
yang paling mampu menguasai rahsianya.
Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah
melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga
Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan
adabnya.
Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita
masih beruntung tidak juga papa kedana
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka
gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel
Setiap bunga mawar pasti ada durinya.
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan
dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis
pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri
sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar
untuk berjaya.
Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau
mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu
memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari
setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.
Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan
tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.
Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika
ia bukan barang tapi orang
Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang
paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.
Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan
mempengaruhi diri anda sendiri.
Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam
seperti ini tidak boleh diharap.
Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti
sifat peribadi anda kepada nasib.
percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan
yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan
musuhnya yang celaka ialah jahil
Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera
yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia
Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti
Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya
agama, bagaimana lagi jika tiada agama? ~ Benjamin Franklin
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan
kesabaran ~ Horatius
Menghitung orang-orang gila di suatu negeri
lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka
yang paling takut pada perubahan ~ Mognon Me Lauhlin
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih
mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan
Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke
dalam tulang ~ Pepatah inggeris
Kita patut berkorban supaya orang lain juga
merasai kemanisan hidup.
Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi
yang lemah ~ Rahmohan Ghandi
Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang
lain
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh
dengan ketenangan dan keamanan
Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu
dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik
senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan
yang tidak diketahui orang lain.
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum
yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan
kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita
akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang
kita fikirkan
Seekor burung di tangan lebih baik daripada
sepuluh ekor di atas pohon.
Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada
kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi
tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk
mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari
orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari
jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. -
Peribahasa Arab
Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah
perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan, bukanlah
perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa.
Membalas
kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita
harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat
dalam harta.
Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah
memotong.
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata
selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis
akhirnya.
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun
kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya
lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai
daripada dirinya sendiri -Said Mustafa
Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu
terjatuh lagi
Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan
yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan
ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati
menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini
membawa erti yang nyata.
Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh
menyalahkan orang lain.
Usah sangka apa yang belum kita miliki janji
pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah
kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya
menjadi hitam dan menyusahkan
Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah
dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan
impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur
dengan apa yang kita miliki
Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan
perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata
yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa
Cina
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati
yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati
yang lunak seperti sutera.
Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru
tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu
perkara
Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan
untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera
hidupnya ~ Saidina Ali
Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya
memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya
iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu
mengerjakan apa yang disuruh.
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi
tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap,
kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu.. - Whittier
Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang.
Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya
menaikkannya -John Petitsenn
Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak
memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba
kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti
Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim
dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk
itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.
Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang
daripada seorang pemerintah yang kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah
dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang
dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang
penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad
Tidak ada komentar:
Posting Komentar